Saturday, 26 January 2013

Islam: Aurat Dalam Islam


AURAT DALAM ISLAM


 

MUKADDIMAH
 
Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya.
 
Kejadian "Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun,marah,simpati kepada masyarakat.
 
Antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.
 
Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.
 
 
 PENGERTIAN AURAT
 
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
 
Dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.
 
 
PERINTAH MENUTUP AURAT
 
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
 
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."
 
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
 
Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
 
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali. Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
 
 
Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
 
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."
 
ASAS AURAT
 
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
  • Aurat Ketika Sembahyang
  • Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
  • Aurat Ketika Sendirian
  • Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
  • Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutamanya dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
  • Suami
  • Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
  • Ayah mertua
  • Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
  • Anak-anak suami
  • Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
  • Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
  • Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
  • Anak saudara dari saudara perempuan
  • Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
  • Hamba sahaya
  • Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
  • Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
 
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:
  • Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.
  • Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
  • Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
 
 
Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.
Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.
Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Bukan Muslim
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

Aurat Ketika Bersama Suami
 
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.
Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

 
PAKAIAN DALAM ISLAM
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
  • Pakaian itu hendaklah menutup aurat.
  • Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya. Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".
  • Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
  • Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
  • Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
  • Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".
  • Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
  • Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
  • Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.

KESIMPULAN
 
Antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam.

Sains: Geometri Alam


Hubungan Geometri Alam


Geometri adalah satu daripada cabang sains yang amat mengasyikkan. Merangkumi nombor, satah-satah dan kosmologi yang boleh ditemui dalam setiap faktor kehidupan dan mempunyai kepentingan tersendiri dalam masyarakat tertentu. Secara amnya, bentuk-bentuk mudah itu adalah gabungan unsur-unsur kehidupan, ketuhanan dan tahayul yang amat besar mengikut kepercayaan mereka. Namun kebanyakannya boleh dibuktikan secara saintifik.

Sistem Kalendar Maya


Tamadun Maya di Mexico berjaya menghasilkan sistem kalendar yang amat kompleks dengan teknologi geometri yang masih ringkas pada zaman tu. Terdiri daripada carta piktograf kajian astronomi dia orang yang mengambil kira dan meramal setiap peristiwa untuk 10,ooo tahun. Kalendar itu tu berakhir  pada 21 Disember 2012, kemungkinan hari terakhir kewujudan alam. Tu mengikut dia orang, tetapi 21 Disember 2012 telah pun berlalu dengan berbagai spekulasi tak kira golongan muda mahupun tua. Nasib baik langit belum runtuh…. Tuhan nak bagi kita peluang tu, jadi manfaatkanlah…

Kubus Platonik


Kalau mengikut rekod sejarah, Plato menemui pepejal Platonik secara tak sengaja sekitar 350 sebelum Masihi. Kubus-kubus tu dikatakan mempunyai hubungan dengan elemen-elemen alam seperti tanah, air, api dan udara. Bentuk-bentuk ini kemudian berkembang ke serata dunia dan diberi nilai-nilai spiritual mengikut fahaman setempat.

Pakua


Di timur jauh nun di sana, matematik menjadi sebahagian daripada kehidupan dan pengisian rohani penduduk. Di antara kurun pertama dan kedua sebelum Masihi, tamadun China masa tu membangunkan Pakua, system geometri kerohanian yang terdiri daripada 64 heksagram (setiap satu terdiri daripada 8 trigram) dan diterakan dengan garisan putus-putus. Pakua tak digunakan untuk meramal masa depan sebaliknya untuk member panduan tentang proses-proses peribahan yang berlaku mengikut peredaran masa. Juga menjadi asas kepada ilmu Feng Shui yang ada sekarang.

Kabbalah


Cabang-cabang anutan Yahudi selepas kelahiran Nabis Isa a.s mendorong pemahaman yang lebih mendalam tentang kajian alam dan hubungannya tentang susur galur ilmu matematik yang banyak meminjam simbol-simbol dari sistem abjad bahasa Ibrani. Ilmu kabbalah ini seterusnya berkembang menjadi sistem fahaman yang kompleks dan banyak berkait rapat dengan unsur-unsur tahayul dan dipeningkan lagi dengan carta-carta nombor. Ahli-ahli sihir zaman pertengahan banayak mengambil konsep Kabbalah untuk mereka cipta fahaman-fahaman baharu.

Mandala

64 heksagram I-Ching konsisten dengan
struktur  64-kodon DNA manusia malah lebih
 tepat daripada hasil kajian sebelumnya.
Dalam tempoh masa yang lebih kurang sama, Mandala pula dicipta di selatan Asia oleh penganut Buddha dan Hindu. Mandala digunakan untuk tujuan pertapaan. Struktur geometrinya dikatakan mampu memberikan kesan-kesan ilusi tertentu untuk membolehkan penggiat seni yoga mengalami keadaan separa sedar @ tak sedar diri langsung.

Nota: Kita perlu sedar, pada masa tu tak banyak bukti-bukti sains yang ada untuk mentakrifkkan alam dan segala mak suku-sakat di dalamnya lebih-lebih lagi para saintis dianggap sebagai tukang sihir oleh sesetengah pihak, bukan macam zaman PS III, satelit berteknologi tinggi dan internet. Jadi dia orang rasa macam perlu sandarkan kepercayaan tu pada satu konsep ‘kuasa ghaib’.

Bukti


Kemajuan sains dan teknologi pada awal kurun ke-21 membuka tabir mistik dan ketuhanan yang dicetuskan oleh agama-agama dan fahamn tadi. Setelah dikaji dengan kaedah-kaedah moden, baru dia orang tahu hubungan struktur geometri yang dipuja selama ini dengan bukti-bukti sains yang mantap.                                                   
Tetapi ingat, ada perkara yang wujud di dunia ini tidak dapat dilangkaui oleh sains.

Rumus-rumus Geometri Ajaib


Siri nombor Fibonacci

Merupakan siri nombor progresif yang diperolehi dengan hasil tambah dua dua nombor terdahulu dalam urutan menaik.

0, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, …

Pi ( π)

Pi adalh nisbah ukur lilit sebuah bulatan dengan diameternya. Tak kiralah bulatan tu besar mana pun, nilai π tetap sama. Setakat yang diketahui, University of Tokyo di Jepun Berjaya mengira nilai π sehingga 1.2411 trilion tempat perpuluhan, tetapi nilainya tak habis-habis juga a.k.a infiniti . Menariknya, tiada kumpulan nombor yang berulang dalam π. Nilai malarnya adalah 3.14159265358…

Phi

Phi pula adalah nisbah yang ditentukan dari hasil bahagi antara satu bahagian yang lebih besar dengan bahagian yang lebih kecil dalam satu garis. Juga dikenali sebagai Kadar Emas. Nilai malar  adalah 1.61803398874…


                             Dalam persamaan, boleh ditulis sebagai

Para saintis percaya rumus-rumus ini adalah kunci penting yang dapat menyelesaikan rahsia-rahsia alam. Kalau korang perhatikan, bila kita buat keratan rentas dalam segi empat emas untuk membuat segi empat sama, bahagian selebihnya boleh dipotong lagi untuk membentuk segi empat sama sehingga infiniti. Seterusnya membentuk segi empat yang lebih besar lagi dan lagi dan lagi. Besarnya alam ni, Tuhan saja yang tau...






Penggunaan rumus-rumus ini boleh dikesan dalam semua bentuk kehidupan, dari sekecil-kecil tuma hinggalah sebesar-besar alam.


Pusaran puting beliung
Susunan biji pain
galaksi

Rumus-rumus geometri ini juga boleh ditemui dalam struktur binaan manusia pada zaman silam. Hebat sungguh orang zaman dulu ye walaupun tanpa peralatan moden.




Piramid adalah satu daripada bentuk kubus Platonik iaitu tetrahedron.
Binaan piramid paling penting adalah kompleks Piramid Besar Giza di Mesir.
Susunannya amat tepat kerana mengambil kedudukan bintang-bintang pada buruj belantik yang juga satu daripada formasi geometri ajaib di angkasa.

Parthenon adalah binaan Greek purba di kota
Acropolis, Athens, Greek sejak 2500 tahun lalu.
 Bangunan ini berbentuk segi empat emas.

Stonehenge pula merupakan binaan batu
 zaman neolitik yang terletak di Amesbury, Wiltshire, England. Struktur ini juga dibina dengan tepat.






Friday, 25 January 2013

Misteri: Mary Celeste


Mary Celeste mengikut ilustrator



Apa terjadi kepada 
Mary Celeste?
Mary Celeste mendapat reputasi dengan misteri yang berlalu pada tahun 1872.                                                                       

Misteri kehilangan Kapten Briggs, isteri, anak perempuan serta anak-anak kapalnya yang masih menjadi tanda tanya hingga kini.
Kapten Benjamin S. Briggs

                                                  ???
Tiada sebarang teori konkrit untuk menjawab misteri kehilangan ini. Apa yang pasti, jawapan tepat datangnya daripada Kapten Briggs dan anak kapalnya sahaja!

Sarah Briggs

Sophia Briggs
 Mary Belayar
Mary Celeste adalah kapal seberat 282 tan yang dibina di Spencer Island, Nova Scotia pada tahun 1861. Nama asalnya adalah Amazon. Kapal tersebut dikatakan bernasib malang dan bertukar tuan beberapa kali. Namanya ditukar kepada Mary Celeste pada tahun 1869. Kapal tersebut memulakan pelayaran ‘bersejarah’ dengan membawa kargo barrel alcohol milik Meissner Ackermann & Coin pada 07 November 1872. Mary Celeste berlepas di pelabuhan New York untuk ke destinasi Genoa, Itali. Kapten Benjamin S. Briggs mengetuai kapal tersebut yang turut membawa isteri dan anak perempuannya serta dibantu oleh 7 orang anak kapal.

Ilustrasi pelukis
Tiada tuan?
Misteri kapal ini bermula tatkala anak kapal Dei Gratia ternampak Mary  Celeste pada 04 Disember 1872 di perairan Portugal. Dei Gratia diketuai oleh Kapten Morehouse. Setelah 2 jam memerhati, mereka membuat keputusan bahawa kapal tersebut hanyut tanpa dikawal oleh sesiapa pun. Sepasukan anak kapal diketuai oleh Oliver Devau diarahkan naik ke atas Mary Celeste untuk membuat siasatan. Kebetulan pula Kapten Morehouse amat kenal dengan Kapten Briggs. Kebetulan juga kapal tesebut meninggalkan Del Gratia tujuh hari lebih awal di pelabuhan yang sama (New York). Kebetulan ekk?
Kapten Morehouse
Siasatan anak kapal Dei Gratia mendapati bahawa kapal tersebut kosong tanpa seorang anak kapal pun. Seolah-olah telah ditinggalkan. Dia orang juga mendapati jam sudah tidak berfungsi dan kompas telah dirosakkan. Segala barang-barang di dalam kapal itu juga kelihatan tidak terusik. Bekalan makanan dan minuman untuk 6 bulan juga tidak terusik. Kargo 1700 barrel alcohol juga tidak disentuh langsung. Tarikh akhir catatan log kapten kapal tersebut pula adalah 10 hari lepas. Mary Celeste kemudiannya telah dibawa oleh anak kapal Dei Gratia ke Gibraltar.





Teori

Misteri kehilangan 10 anak kapal Mary Celeste termasuk isteri dan anak perempuan Kapten Briggs terus menjadi tanda tanya. ???

Berikut antara teori yang dikemukan:

Pemberontakan anak kapal
  • Anak kapal mengambil alih Mary Celeste dan membunuh keluarga Kapten. Namun jka benar, kenapa mereka sendiri meninggalkan kapal tersebut? Lagipun dengan personaliti Kapten yang kuat beragama, amat mustahil untuk anak-anak kapal tidak puas hati sehingga sanggup memberontak Juga jarak destinasi pelayaran Mary Celeste dikatakan agak singkat untuk membuatkn anak kapal berubah menjadi ganas.

Diserang lanun
  • Teori ini ditolak bulat-bulat melihat tiada kesan pergelutan serta barang-barang berharga di dalam kapal termasuk kargo langsung tidak hilang.

Kapal terbakar
  • Kapten Briggs tidak pernah membawa alcohol sebelum ini. Dikatakan bahawa Kapten Briggs menyangka barrel alkohol yang dibawanya telah bocor lalu mengarahkan anak-anak kapal menaiki bot penyelamat sebagai langkah berjaga-jaga. Kapal tersebut bagaimanapun hanyut dipukul angina menyebabkan mereka gagal kembali seterusnya  mati kelaparan.

Terperangkap dalam putting beliung
  • Dikatakan bahawa anak kapal panic dengan situasi tersebut lalu bertindak meninggalkan Mary Celeste dengan bot penyelamat. Namun spekulasi ini masih belum kuat sebagai jawaban kepada misteri ini.

Gempa laut
  • Sama seperti teori putting beliung, dikatakan Mary Celeste kebetulan masuk ke dalam kawasan yang berlaku gempa laut. Lamntas anak kapal mengambil keputusan untuk menyelamatkan diri. Teori ini agak munasabah tetapi tiada sebarang dokumen mencatatkan berlakunya gempa laut ketika itu.

Paranormal
  • Terdapat beberapa spekulasi lain melibatkan UFO, hantu serta hubungan dengan Segi Tiga Bermuda (walaupun kapal tersebut sebenarnya langsung tidak memasuki kawasan itu).

Nota : Pada awal tahun 1873, terdapat laporan penemuan dua bot penyelamat mendarat di pantai Sepanyol. Satu bot mengandungi mayat dan bendera Amerika Syarikat sementara satu bot lagi mengandungi 5 mayat. Tiada siasatan lanjut untuk menentukan sama ada mereka adalah krew kapal Mary Celeste.

Karya
Kisah Mary Celeste telah mendapat inspirasi ramai penulis. Antara buku yang menceritakan tentang kisah Mary Celeste adalah:
Ghost Ship: The mysterious True Story of The Mary Celeste and Her Missing Krew (2004)






The Mary Celeste (1979) oleh John Maxwell (Brian Freemantle)
Setem peringatan kisah Mary Celeste

Jumpa?     
Kapal tersebut kemudian bertukar tuan selama 12 tahun. Kapten terakhirnya menggunakan Mary Celeste untuk mengangkut getah murah dan makanan kucing. Akhirnya dia cuba menenggelamkan kapal tersebut untuk membuat tuntutan insurans. Namun percubanya gagal bila kapal tersebut tersangkut kat kawasan terumbu karang Rochelais, Haiti. Dia ditangkap dan di hukum kerana disabitkan kesalahan menipu. Insiden tersebut menjadi noktah dan symbol berakhirnya khidmat Mary celeste di lautan.


Pada 09 Ogos 2011, satu ekspedisi yang diketuai oleh Clove Crussler (penulis dan wakil National Underwater And Marine Agency) dan John Davis (Presiden ECO-NOVA Productions) dikatakan menemui saki-baki bangkai Mary Celeste kat perairan terumbu Haiti. Mereka menyifatkan penemuan tersebut sebagai ‘bab terakhir’ dalam kisah Mary Celeste, walaupun persoalan kehilangan krewnya masih belum terjawab.

Wednesday, 23 January 2013

Peribahasa


Peribahasa

Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

Peribahasa -tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan.
Peribahasa moden -merujuk kepada peribahasa yang dicipta selepas tarikh tersebut.

Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa ini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa parapelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.
Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.
Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.


Peribahasa


Bagai kacang direbus satu                      
-Melonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung.

Bagai jelongak kerbau rampung              
-Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah;rampung = rosak cuping hidungnya.

Bagai jawi terkurung siang                      
-Sangat gelisah kerana tidak bebas.

Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan  
-Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.
                                                         
Bagai jawi ditarik keluan                        
-Menurut dengan tidak membantah. keluan = tali yang dicucukkan pada hidung (lembu dan kerbau).

Bagai jempuk kesiangan hari                    
-termenung-menung.

Bagai inai dengan kuku                          
-Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati).

Bagai ilak bercerai dengan benang          
-Bercerai untuk selama-lamanya. ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun.

Bagai air titik ke batu                          
-Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas]).

Bagai ikan lampam di ulak jamban      
-Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjan pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).

Bagai haruan di dalam tuar                
 -Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah. tuar = lukah.

Bagai harimau beranak muda                
-Orang perempuan yang terlalu bengis.

Bagai hantu makan dedak                  
-Bersungut-sungut dengan tiada tentu sebabnya.

Bagai gulai lengkitang                          
-Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan yang ada padanya pun lenyap pula. lengkitang = siput.

Bagai getah dibawa ke semak              
-Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya.

Bagai gembala diberi keris                  
-Pemberian yang tidak berfaedah.

Bagai geluk tinggal di air                      
-Orang yang melarat hanya mengharap bantuan orang. geluk = timba daripada tempurung kelapa.

Bagai gelombang dua belas  
-Kehebatan langkah seseorang pendekar.




* Laman ini akan di sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Terima kasih.









Tuesday, 22 January 2013

Segi Tiga Bermuda







SEGI TIGA BERMUDA

Bermuda Triangle Map
Whoa!
BERMUDA TRIANGLE adalah kawasan yang meliputi sejuta kaki persegi kawasan laut. Asasnya merupakan garisan dari Florida ke kepulauan Bermuda menyambung ke Puerto Rico dan kembali ke Florida membentuk segi tiga, lalu dipanggil sebagai Segi Tiga Bermuda ( Bermuda Triangle). Juga dikenali sebagai Devil’s Triangle disebabkan reputasinya yang dikatakan menyimpan banyak misteri. Segi Tiga Bermuda ini menjadi popular gara-gara media yang mula kecoh dengan berbagai spekulasi tentang kehilangan kapal terbang, kapal dan sebagainya.

Sejarah

Istilah ‘Segi Tiga Bermuda’ ini dicipta oleh Vincent H. Gaddis dalam artikelnya yang disiarkan dalam majalah Argosy pada tahun 1964. Namun sebenarnya artikel perihal paranormal di kawasan tersebut pernah disentuh oleh Geogre X. Sands dalam Fate Magazine seawall tahun 1952.

Kemudian muncullah buku ‘The Bermuda Triangle’ hasil tulisan Charles Berlitz pada tahun 1974. Buku tersebut dikatakan membongkar dan menceritakan misteri yang menyelubungi kawasan itu. Ini termasuklah misteri yang melibatkan kehilangan 5 pesawat pengebom tentera USA. Buku tersebut lantas laris di pasaran bersama beberapa teori yang diketengahkan termasuklah ribut, empayar Atlantis, makhluk asing dan banyak lagi.
-          Segi Tiga Bermuda (Bermuda Triangle) membina reputasi sebagai sebuah kawasan atau lautan yang amat marabahaya dan penuh dengan misteri.
Cerita-cerita mengenai kehilangan kapal dan pesawat tanpa penjelasan membuatkan Segi Tiga Bermuda dinobatkan sebagai kawasan paranormal.
Mari kita berkenalan dengan Segi Tiga ini serta menyelami sejauh mana kebenarannya.

Kajian Kes


  • USS CYCLOPS
USS Cyclops
Kapal milik tentera Amerika. Dibina pada tahun 1910 untuk tujuan mengangkut arang bagi di bekalkan kepada kapal-kapal perang. Hilang pada 06 03 1918 bersama 309 anak kapal yang diketuai oleh Leftenan Komander George Worley selepas meninggalkan Barbados untuk ke Baltimore. Hingga kini bangkai kapal tersebut tidak pernah ditemui. Kemudian terdapat beberapa buah bangkai kapal ditemui, namun tiada bukti sahih untuk mengaitkannya dengan USS Cyclops.


  • FLIGHT 19
Insiden Yang paling hangat melibatkan Segi Tiga Bermuda. Pada 05 12 1945, 5 pesawat TBM Avenger torpedo berlepas dari Fort Lauderdale, Florida untuk sesi latihan rutin. Diketuai oleh Lt. Charles Taylor dan 13 pelatih tentera. Dalam latihan ini dia orang terpaksa terbang ke timur sejauh 56 batu untuk sesi latihan pengeboman seterusnya berpusing ke utara sejauh 73 batu sebelum pulang ke markas. Namun selepas setengah jam berlepas, pegawai latihan senior di pangkalan mula menerima hubungan radio dari Taylor. Antara lain mengatakan bahawa kompasnya gagal berfungsi serta sesat. Setelah beberapa ketika hubungan radio mulai terputus dan kesemua 5 pesawat tersebut dikatakan hilang.
Beberapa pesawat lantas terbang untuk mencari dia orang. Satu daripadanya adalah pesawat PBM-5 Martin Mariner. Namun pesawat seramai 13 orang itu turut hilang dan didakwa meletup 13 minit selepas meninggalkan pangkalan. Berbulan lamanya pihak tentera menjalankan siasatan serta soal selidik dengan ramai krew di pangkalan serta sesiapa sahaja yang dirasakan terlibat. Hingga kini, bangkai pesawat-pesawat tersebut tidak dijumpai.


  • STAR TIGER
Star Tiger
Sebuah kapal terbang bernama Star Tiger berlepas pada subuh 31 01 1948 dari Santa Maria, Azores. Dipandu oleh Kapten B.W McMillan membawa 29 orang penumpang. Semasa menghampiri Bermuda, McMillan telah menghubungi menara kawalan untuk perhentian seterusnya meminta navigasi dan memastikan kapal terbangnya dalam haluan yang betul. Namun itulah hubungan radio terakhir yang diterima dari kapal terbang tersebut. Operasi mencari dilancarkan setelah dikenal pasti hilang di Bermuda. Namun bangkai kapal terbang tersebut tidak pernah ditemui.

Keraguan


Segi tiga Bermuda yang dikatakan penuh misteri itu bagaimanapun disangkal oleh beberapa pengkaji. Salah seorangnya adalah Lawrence Kusche, seorang jurulatih penerbangan. Beliau membuat kajian intensif tentang fenomena Segi tiga Bermuda semasa kejadian Flight 19. Kajian itu diterbitkan pada tahun 1975 bertajuk; ‘The Bermuda Triangle Mystery: Solved’. Menurutnya, terdapat banyak percanggahan fakta dalam teori yang dikemukakan oleh Berlitz. Dia juga menyangkal banyak dakwaan Berlitz serta menolak kejadian-kejadian yang berlaku di situ sebagai satu fenomena paranormal.

Berikut adalah kesimpulan yang dibuat ole Kusche:

  • Jumlah kapal dan pesawat yang hilang di Segi Tiga Bermuda tidaklah sebanyak yang dikatakan malah secara puratanya jumlah kes di situ sama banyak dengan kejadian kehilangan di lautan lain.
  • Kawasan yang selalu dilanda ribut tropika, kejadian kemalangan kapal dan pesawat serta kehilangannya tidak boleh disifatkan sebagai misteri atau paranormal.
  • Jumlah kehilangan serta laporan kejadian kebanyakan ditokok tambah.
  • Penerangan mengenai kejadian juga meragukan. Berlitz melaporkan banyak kejadian kehilangan semasa laut tenang di mana tidak selari dengan laporan keadaan cuaca ketika itu.

Kesimpulan Kusche itu juga selari dengan kenyataan peronda-peronda pantai serta pegawai tentera yang menolak bahawa kes-kes di Segi Tiga Bermuda itu sebagai satu fenomena paranormal.
“If Berlitz were to report that a boat were red, the chance of it being some other color is almost a certainly.”
Komen Kusche terhadap teori Berlitz.

BERMUDA pada masa sekarang

Di sebalik misteri tersebut, sekarang banyak pesawat dan kapal melintasi kawasan ‘misteri’ tersebut dengan selamat. Satu projek penjelajahan oleh saintis marin telah Berjaya merakamkan gambar penemuan beberapa spesies baharu yang diketahui oleh dunia sains. Ditemui pada jarak 1 hingga 5 km dari dasar laut. Ekspedisi yang dibiayai oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) itu telah mengkatalog lebih daripada 500 spesies termasuklah beberapa spesies yang dikatakan ‘baharu’ ditemui.

Laut Misteri

Di sebalik percanggahan ini, kejadian kapal hilang suatu ketika dahulu masih belum terjawab sepenuhnya. ‘Mungkin’ benar bahawa Segi Tiga Bermuda ini menjadi lautan ‘selebriti’. Namun apa yang pastinya misteri alam adalah satu fenomena yang cukup luas dan tidak mungkin manusia dapat menjawab segala persoalan yang dibentangkan di dunia ini.

Monday, 21 January 2013

Penanda Wacana Karangan


 
Penanda Wacana Karangan
 
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:
 
 
 
A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN
 
  •    Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini  tentang isu …
  • Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
  • Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
  • Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
  • Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
  • Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …
  • Dalam meniti kehidupan pada macaparda ini……

B. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
 
 
  • Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
  •  Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
  •  Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
  •  Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
  •  Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
 
  C. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN
 
   
  • Kita dapat menyaksikan betapa…
  • Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
  •  Lazimnya, dalam keadaan …
  •  Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
  •  Pada hemat saya …
  •  Pada pandangan saya …
  •  Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
  •  Sebagaimana yang kita ketahui
  •  Sebagaimana yang kita maklumi
  •  Sejak awal lagi
  •  Sejak kebelakangan ini
  •  Selain itu, pada masa ini juga
  •  Seperti yang telah dinyatakan
  •  Umum mengetahui bahawa
  •  Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas
 
 
 D. PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN
 
   
  • Bagi sesetengah orang …
  • Begitu juga dengan …
  • Begitu juga halnya dengan …
  • Bertitik tolak daripada itu …
  • Bukan itu sahaja …
  • Dalam hal ini …
  • Dalam konteks ini ..
  • Dalam zaman yang serba canggih ini …
  • Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
  • Dengan adanya …
  • Dengan berbuat demikian …
  • Dengan perkataan lain ..
  • Disebabkan hal itu
  • Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
  • Hal ini berlaku disebabkan
  • Hal ini penting dalam
  • Hal ini serupa dengan
  • Hal yang serupa berlaku apabila
  • Ini disebabkan
  • Ini membuktikan bahawa
  • Ini menggambarkan bahawa
  • Ini secara tidak langsung akan
  • Ini semua meninggalkan kesan kerana
  • Ini tentu sekali membuatkan
  • Jadi kita perlu
  • Jadi kita hendaklah
  • Keadaan ini tentunya
  • Lantaran itu sehingga kini
  • Kesemua ini menyumbang kepada
  • Kita mengakui hakikat bahawa
  • Kita sering menonton di kaca televisyen
  • Kita sering membaca di dada-dada akhbar
  • Memandangkan keadaan yang sedemikian
  • Namun sejak kebelakangan ini
  • Oleh itu, bolehlah dikatakan
  • Secara logiknya masa yang
  • Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
  • Keadaan ini seharusnya boleh
  • Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
  • Kendatipun demikian, kita masih
  • Yang paling nyata ialah
  • Yang perlu kita pastikan ialah
 
 E. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK
 
 
  • Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
  • Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
  • Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………
 
 
F. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH
 
  • Sebagai contohnya
  • Biar kita lihat
  • Biar kita ambil contoh
  • Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
  • Sebagai analoginya,
  • Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
  • Tamsilnya….
  • Sebagaimana yang kita sedia maklum
  • Misalnya

F. PENANDA WACANA UNTUK MENGHURAIKAN CONTOH
 
  • Hal ini mengakibatkan
  • Hal ini menyebabkan
  • Oleh itu,
  • Maka,
  • Oleh hal yang demikian,
  • Oleh sebab itu,
  • Jelaslah bahawa
  • Justifikasinya,

 
G. PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN
 
 
  • Intihanya,
  • Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
  • Konklusinya,
  • Dengan ini diharapkan
  • Bukan itu sahaja
  • Mudah-mudahan perkara ini
  • Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
  • Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …
  • Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama
  • Sebagai penghias bicara akhir,…
  • Sebagai penutup wacana…
 
H. PENANDA WACANA UMUM
 
  • Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping
  • Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya
  • Penyataan semula: iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan
  • Contoh: contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai
  • Rumusan: rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
  • Tempat: berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan
  • Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya
  • Sebab dan kesan: oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu
  • Bandingan: seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
  • Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan
  • Pengesahan: sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya


 
 
 

Sekolah

Sekolah aka pusat pengajian.
 
      Sebuah institusi ulung yang sungguh signifikan dalam pembentukan sebuah negara bangsa yang mampu menongkah arus ketamadunan tinggi. Sekolah yang berkualiti mampu melahirkan sebuah masyarakat yang berperadaban tinggi. Pokok persoalannya ialah sudah beradabkah kita pada hari ini? Keintelektualan sesebuah negara pasti tergugat apabila soalan cepu mas ini di utarakan.

      Sekolah juga merupakan pentas drama yang penuh dengan sandiwara.

      Seorang ketua yang dinamai pemimpin atau dalam bahasa mudahnya guru besar ataupun pengetua ataupun dekan. Kerap kali menjadi bualan anak buah yang memprotes diam program yang dicanang semasa taklimat. Kadangkala keputusan yang dibuat terlalu mementingkan nama institusi berbanding nilai persefahaman antara tenaga kerja kerana sudah dimomokkan dengan nilai toleransi yang dahagakan keakuran dalam keterpaksaan.

       Sebilangan guru ikhlas yang inginkan anak watan meniti alam kejayaan berbekalkan ilmu  manakala sebahagian lagi bekerja gigih kerana ingin mengekalkan mahupun menaikkan reputasi sendiri yang sudah sedia ada. Bodekan tidak pernah mati dari segenap aspek sebilangan warga pendidik bangsa. ketidakpersefahaman antara warga pendidik sering berlaku dek ingin menegakkan hujah masing-masing sebagai tanda ketinggian ilmu yang dipelajari.

       Staf sekolah yang hanya mengangguk apabila diberikan tugasan kerana jemu memikirkan hal ehwal sekolah. Lali dengan sikap pemimpin yang suka mengarah tak kira tenang mahupun ribut. Dedikasi yang tidak didendangkan sepanjang perkhidmatan. Sepi.... Hanya keluhan dan rungutan halus yang kedengaran ketika mengintai komunikasi verbal antara staf. Kadangkala kedengaran gurauan yang mencuit hati sebagai pengubat hati.

       Pelajar... Seribu satu ragam yang sukar diterjemahkan dalam sekilas pandang. kehadiran sebahagian pelajar bagaikan biskut. Sebahagian golongan celik dan berdisiplin yang dianggap skema meniti pantas ruangan blok bangunan mengejar masa kehausan ilmu. Sebahagian lagi yang sukakan populariti. Tercuit hati melihat gelagat segelintir golongan yang cuba meraih publisiti murahan, mungkin kerana latar hidup yang tidak ketahuan ataupun menunjukkan keegoan yang menunjukkan keaiban. Tanpa mereka pasti institusi ini tiada berita suka dan duka. Sahabat sejati sering kali menjadi luahan hati ketika meniti hari yang mendatang. Malangnya seringkali jari kelengkeng berlipat bersembunyi di belakang tika sahabat sejati jadi ikrar hidup semati. Beruntung bagi mereka yang ditakdirkan menerima insan yang bernama sahabat sejati.... Sungguh memeritkan hati tatkala selamat tinggal terpaksa diucapkan di penghujung hari.