Sekolah aka pusat pengajian.
Sebuah institusi ulung yang sungguh signifikan dalam pembentukan sebuah negara bangsa yang mampu menongkah arus ketamadunan tinggi. Sekolah yang berkualiti mampu melahirkan sebuah masyarakat yang berperadaban tinggi. Pokok persoalannya ialah sudah beradabkah kita pada hari ini? Keintelektualan sesebuah negara pasti tergugat apabila soalan cepu mas ini di utarakan.
Sekolah juga merupakan pentas drama yang penuh dengan sandiwara.
Seorang ketua yang dinamai pemimpin atau dalam bahasa mudahnya guru besar ataupun pengetua ataupun dekan. Kerap kali menjadi bualan anak buah yang memprotes diam program yang dicanang semasa taklimat. Kadangkala keputusan yang dibuat terlalu mementingkan nama institusi berbanding nilai persefahaman antara tenaga kerja kerana sudah dimomokkan dengan nilai toleransi yang dahagakan keakuran dalam keterpaksaan.
Sebilangan guru ikhlas yang inginkan anak watan meniti alam kejayaan berbekalkan ilmu manakala sebahagian lagi bekerja gigih kerana ingin mengekalkan mahupun menaikkan reputasi sendiri yang sudah sedia ada. Bodekan tidak pernah mati dari segenap aspek sebilangan warga pendidik bangsa. ketidakpersefahaman antara warga pendidik sering berlaku dek ingin menegakkan hujah masing-masing sebagai tanda ketinggian ilmu yang dipelajari.
Staf sekolah yang hanya mengangguk apabila diberikan tugasan kerana jemu memikirkan hal ehwal sekolah. Lali dengan sikap pemimpin yang suka mengarah tak kira tenang mahupun ribut. Dedikasi yang tidak didendangkan sepanjang perkhidmatan. Sepi.... Hanya keluhan dan rungutan halus yang kedengaran ketika mengintai komunikasi verbal antara staf. Kadangkala kedengaran gurauan yang mencuit hati sebagai pengubat hati.
Pelajar... Seribu satu ragam yang sukar diterjemahkan dalam sekilas pandang. kehadiran sebahagian pelajar bagaikan biskut. Sebahagian golongan celik dan berdisiplin yang dianggap skema meniti pantas ruangan blok bangunan mengejar masa kehausan ilmu. Sebahagian lagi yang sukakan populariti. Tercuit hati melihat gelagat segelintir golongan yang cuba meraih publisiti murahan, mungkin kerana latar hidup yang tidak ketahuan ataupun menunjukkan keegoan yang menunjukkan keaiban. Tanpa mereka pasti institusi ini tiada berita suka dan duka. Sahabat sejati sering kali menjadi luahan hati ketika meniti hari yang mendatang. Malangnya seringkali jari kelengkeng berlipat bersembunyi di belakang tika sahabat sejati jadi ikrar hidup semati. Beruntung bagi mereka yang ditakdirkan menerima insan yang bernama sahabat sejati.... Sungguh memeritkan hati tatkala selamat tinggal terpaksa diucapkan di penghujung hari.
Follow @FarisSuhaili
No comments:
Post a Comment