SEGI TIGA BERMUDA
BERMUDA TRIANGLE adalah kawasan yang meliputi sejuta kaki
persegi kawasan laut. Asasnya merupakan garisan dari Florida ke kepulauan
Bermuda menyambung ke Puerto Rico dan kembali ke Florida membentuk segi tiga,
lalu dipanggil sebagai Segi Tiga Bermuda ( Bermuda Triangle). Juga dikenali
sebagai Devil’s Triangle disebabkan reputasinya yang dikatakan menyimpan banyak
misteri. Segi Tiga Bermuda ini menjadi popular gara-gara media yang mula kecoh
dengan berbagai spekulasi tentang kehilangan kapal terbang, kapal dan
sebagainya.
Sejarah
Istilah ‘Segi Tiga Bermuda’ ini dicipta oleh Vincent H. Gaddis dalam artikelnya yang disiarkan dalam majalah Argosy pada tahun 1964. Namun sebenarnya artikel perihal paranormal di kawasan tersebut pernah disentuh oleh Geogre X. Sands dalam Fate Magazine seawall tahun 1952.
Kemudian muncullah buku ‘The Bermuda Triangle’ hasil tulisan Charles Berlitz pada tahun 1974. Buku tersebut dikatakan membongkar dan menceritakan misteri yang menyelubungi kawasan itu. Ini termasuklah misteri yang melibatkan kehilangan 5 pesawat pengebom tentera USA. Buku tersebut lantas laris di pasaran bersama beberapa teori yang diketengahkan termasuklah ribut, empayar Atlantis, makhluk asing dan banyak lagi.
-
Segi Tiga Bermuda (Bermuda Triangle) membina
reputasi sebagai sebuah kawasan atau lautan yang amat marabahaya dan penuh
dengan misteri.
Cerita-cerita mengenai kehilangan kapal dan
pesawat tanpa penjelasan membuatkan Segi Tiga Bermuda dinobatkan sebagai
kawasan paranormal.
Mari kita berkenalan dengan Segi Tiga ini
serta menyelami sejauh mana kebenarannya.
Kajian Kes
- USS CYCLOPS
![]() |
| USS Cyclops |
- FLIGHT 19
Insiden Yang paling hangat melibatkan Segi Tiga Bermuda.
Pada 05 12 1945, 5 pesawat TBM Avenger torpedo berlepas dari Fort Lauderdale,
Florida untuk sesi latihan rutin. Diketuai oleh Lt. Charles Taylor dan 13
pelatih tentera. Dalam latihan ini dia orang terpaksa terbang ke timur sejauh
56 batu untuk sesi latihan pengeboman seterusnya berpusing ke utara sejauh 73
batu sebelum pulang ke markas. Namun selepas setengah jam berlepas, pegawai
latihan senior di pangkalan mula menerima hubungan radio dari Taylor. Antara
lain mengatakan bahawa kompasnya gagal berfungsi serta sesat. Setelah beberapa
ketika hubungan radio mulai terputus dan kesemua 5 pesawat tersebut dikatakan
hilang.
Beberapa pesawat lantas terbang untuk mencari dia orang.
Satu daripadanya adalah pesawat PBM-5 Martin Mariner. Namun pesawat seramai 13
orang itu turut hilang dan didakwa meletup 13 minit selepas meninggalkan
pangkalan. Berbulan lamanya pihak tentera menjalankan siasatan serta soal
selidik dengan ramai krew di pangkalan serta sesiapa sahaja yang dirasakan
terlibat. Hingga kini, bangkai pesawat-pesawat tersebut tidak dijumpai.
- STAR TIGER
![]() |
| Star Tiger |
Keraguan

Segi tiga Bermuda yang dikatakan penuh misteri itu bagaimanapun disangkal oleh beberapa pengkaji. Salah seorangnya adalah Lawrence Kusche, seorang jurulatih penerbangan. Beliau membuat kajian intensif tentang fenomena Segi tiga Bermuda semasa kejadian Flight 19. Kajian itu diterbitkan pada tahun 1975 bertajuk; ‘The Bermuda Triangle Mystery: Solved’. Menurutnya, terdapat banyak percanggahan fakta dalam teori yang dikemukakan oleh Berlitz. Dia juga menyangkal banyak dakwaan Berlitz serta menolak kejadian-kejadian yang berlaku di situ sebagai satu fenomena paranormal.
Berikut adalah kesimpulan yang dibuat ole Kusche:
- Jumlah kapal dan pesawat yang hilang di Segi Tiga Bermuda tidaklah sebanyak yang dikatakan malah secara puratanya jumlah kes di situ sama banyak dengan kejadian kehilangan di lautan lain.
- Kawasan yang selalu dilanda ribut tropika, kejadian kemalangan kapal dan pesawat serta kehilangannya tidak boleh disifatkan sebagai misteri atau paranormal.
- Jumlah kehilangan serta laporan kejadian kebanyakan ditokok tambah.
- Penerangan mengenai kejadian juga meragukan. Berlitz melaporkan banyak kejadian kehilangan semasa laut tenang di mana tidak selari dengan laporan keadaan cuaca ketika itu.
Kesimpulan Kusche itu juga selari dengan kenyataan
peronda-peronda pantai serta pegawai tentera yang menolak bahawa kes-kes di
Segi Tiga Bermuda itu sebagai satu fenomena paranormal.
“If Berlitz were to report that a boat were red, the chance
of it being some other color is almost a certainly.”
Komen Kusche terhadap teori Berlitz.
BERMUDA pada masa sekarang
Di sebalik misteri tersebut, sekarang banyak pesawat dan kapal melintasi kawasan ‘misteri’ tersebut dengan selamat. Satu projek penjelajahan oleh saintis marin telah Berjaya merakamkan gambar penemuan beberapa spesies baharu yang diketahui oleh dunia sains. Ditemui pada jarak 1 hingga 5 km dari dasar laut. Ekspedisi yang dibiayai oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) itu telah mengkatalog lebih daripada 500 spesies termasuklah beberapa spesies yang dikatakan ‘baharu’ ditemui.
Laut Misteri
Di sebalik percanggahan ini, kejadian kapal hilang suatu ketika dahulu masih belum terjawab sepenuhnya. ‘Mungkin’ benar bahawa Segi Tiga Bermuda ini menjadi lautan ‘selebriti’. Namun apa yang pastinya misteri alam adalah satu fenomena yang cukup luas dan tidak mungkin manusia dapat menjawab segala persoalan yang dibentangkan di dunia ini.




No comments:
Post a Comment